Pada 08 hingga 12 April, pegawai dari Penjara Sg. Buloh telah mengadakan lawatan sambil belajar dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan penyeliaan penjara di institusi penjara Negeri Sarawak. Rombongan telah memulakan lawatan daripada Penjara Pusat Miri dan seterusnya bergerak ke Institusi lain di Sarawak.
Pada 11 April, rombongan lawatan yang terdiri daripada 17 anggota tiba di Penjara Pusat Sri Aman dengan menggunakan jalan darat. Anggota rombongan yang bergerak dari Penjara Pusat Sibu pada jam 3.00 pagi dan selamat tiba di Penjara Pusat Sri Aman kira-kira jam 8.30 pagi. Semasa ketibaan, anggota rombongan telah disambut oleh PP Rahim bin Buji yang bertugas sebagai Pegawai Yang Menjaga Penjara Pusat Sri Aman menggantikan PKP Teyun Thian Eim yang sedang bercuti. Rombongan telah dibawa melawat ke dalam Penjara Pusat Sri Aman dan diiringi oleh TPP Roy Ak Martin. Selesai lawatan, anggota rombongan dibawa menjamu sarapan pagi di dewan Penjara Pusat Sri Aman dan selesai jamuan, anggota rombongan sempat mengadakan sesi bergambar di hadapan Penjara Pusat Sri Aman. Anggota rombongan bergerak ke Kuching menggunakan Bas yang bertolak kira-kira jam 11.00pagi. |