| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kesejahteraan Psikologi 'Share 2 Care'

Pada 12 April 2019 (Jumaat), Bahagian Pengurusan Banduan telah mengadakan Program Kesejahteraan Psikologi yang diberi nama “Share 2 Care”. Dikendalikan oleh Pegawai Psikologi; Muhammad Zulhusni Amirulmominin, program yang julung kali diadakan ini melibatkan penyertaan kakitangan Bahagian Pengurusan Banduan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi kakitangan disamping mempromosi dan memberi pendedahan peranan Pegawai Psikologi di jabatan.

Objektif pelaksanaan program ini diadakan adalah bagi memberi pengetahuan tentang pengurusan emosi, potensi diri dan kejahteraan psikologi merangkumi emosi positif, kepuasan hidup, dan kesejahteraan sosial seseorang dalam kehidupan seharian disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kakitangan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Kenali Potensi Diri melalui Ujian Psikologi, sesi Terapi Pasir dan permainan santai minda serta sentuhan urutan relaksasi oleh fisioterapi terlatih. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, TKP Kausalya Devi a/p Sathoo dan TKP Nora binti Musa. Reaksi kakitangan terhadap program ini secara keseluruhannya amat positif dan diharap dapat diadakan secara berkala serta diperluaskan di setiap bahagian di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.