Pada 18 April 2019 (Khamis) bersamaan 12 Syaban 1440 Hijrah bertempat di Surau Muhammad Al Fateh, Blok Sejahtera, Pusat Koreksional Labuan telah diadakan Program Bicara Mufti Siri 4 yang bertajuk Tanggungjawab sebagai Ahli Keluarga menurut Perspektif Islam anjuran Unit Agama yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Najah bin Elias dan Unit Pemulihan yang diketuai oleh Inspektor Penjara, Mohammadiah bin Bakti. Program tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Samsu Bahrun bin Kandoi, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Labuan. Antara yang hadir pada program tersebut adalah Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan Timbalan Penguasa Penjara, Alfonsus Francis Anak Hill, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan, Pusat Koreksional Labuan.
|