Pada 23 April 2019 (Selasa) bersamaan 17 Syaaban 1440H, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Lets Read Together For 10 Minutes Peringkat Penjara Puncak Borneo. Program ini merupakan sebahagian daripada program pemulihan untuk penghuni di dalam penjara. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca dalam kalangan penghuni sekaligus menjadikan mereka untuk bersama-sama meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat. Ini penting dalam aspek life long learning dan melahirkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat membaca dan berilmu pengetahuan.
|