22 April 2019 (Isnin): Unit Latihan Instisusi Penjara Dusun Dato Murad telah mengadakan dengan jayanya kursus melibatkan kakitangan. Kursus yang pertama diadakan pada sebelah pagi iaitu Kursus Plan Kontigensi Kebakaran yang dikendalikan oleh Pegawai dari Jabatan Bomba & Penyelamat Bukit Katil, Melaka. Kursus tersebut melibatkan teori dan latihan amali. Pada sebelah petang pula diadakan Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang dikendalikan oleh Pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Melaka. Objektif kursus adalah untuk memastikan setiap kakitangan diberi maklumat dan latihan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat tanpa risiko.
|