25 April 2019 (Khamis) : Penjara Dusun Dato Murad telah menerima lawatan daripada Duta Besar Jepun, China dan Netherland serta Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom. Lawatan tersebut diadakan bersempena dengan Forum Dan Bengkel Intelligent Smart Prison yang berlangsung pada 22-24 April 2019. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato Murad oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan & Koreksional), ucapan oleh ketua delegasi dan lawatan ke sekitar kawasan agro. Lawatan bertujuan untuk melihat perjalanan pengurusan dan berkongsi pengalaman best practices kepenjaraan.
|