Pada 30 Januari 2020 (Khamis), satu majlis jalinan kasih perjumpaan bersemuka sambutan Tahun Baru Cina tahun 2020 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting telah dijalankan dengan jayanya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PP Haji Mohd Radzun Bin Othman dan seramai empat (4) orang banduan telah terpilih untuk menyertai program berkenaan di mana setiap seorang banduan dapat membawa bersama orang ahli keluarga untuk sama-sama menyertai program berkenaan. Majlis berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni di mana mereka dapat bersemuka dengan keluarga tersayang pada hari yang penuh bermakna ini.