ISNIN, 8 MEI 2019, Unit Pemulihan (PPI) Penjara Bentong dengan kelolaan Klinik Dalam Penjara Bentong berjaya melaksanakan satu program ceramah kesihatan yang bertajuk Pengenalan Kepada Penyakit Berjangkit yang disampaikan oleh Dr Mohd Ikhsan Bin Ahmad, Pegawai Perubatan Penjara Bentong.
Program ini disertai oleh seramai 126 orang banduan. Semoga dengan berakhirnya program ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada banduan tentang bahaya penyakit berjangkit dan cara mengatasinya. |