KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj berkenan mencemar duli berangkat ke Bengkel Tenun, Penjara Penor, Kuantan, Pahang pada 16 Mei 2019 ( Khamis ). Istiadat keberangkatan tiba baginda disambut oleh YH. Komisioner Dato Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH. Timbalan Komisioner Dato Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, YH. Penolong Kanan Komisioner Dato Abu Hasan Bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Pegawai- Pegawai Kanan dan Anggota Jabatan Penjara Malaysia ( Penjara Penor ), Kakitangan PDRM, Pegawai Protokol Istana Negara serta Pegawai- Pegawai dari Istana Abdul Aziz, Kuantan.
|