| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Limbang 2019

Pada 15 Mei 2019M bersamaan 10 Ramadhan 1440H, Unit Agama telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Limbang Bersama Pengarah. Seramai 40 orang penghuni lelaki dan wanita terpilih menyertai program tersebut. Program ini bermula dengan pembayaran zakat penghuni yang telah disaksikan oleh Pengarah Penjara Limbang, PP Hamad Bin Seman kira-kira pukul 4.00 petang dan diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran peringkat penghuni.

Majlis Iftar Ramadhan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Limbang, PP Tze Khee Shoon mewakili Pengarah Penjara Limbang serta pegawai kanan dan anggota bertugas.  Selesai majlis berbuka, penghuni dan hadirin telah mengerjakan solat fardhu Maghrib secara berjemaah dan majlis ini telah berakhir jam 7.30 malam.