Pada 16 Mei 2019 ( Khamis ), berlansungnya Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Wanita Penjara Seberang Perai bertempat di Unit PPI (Wanita). Program bermula pada 10.30 pagi dengan penyediaan bubur lambuk bersama Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK Husin Bin Hj. Johari.Majlis diteruskan pada sebelah petang di Unit PPI (wanita) dengan alunan bacaan Al-Quran oleh banduan wanita dan Tazkirah Therapy Ramadhan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustazah Fatiah Binti Abdul Rahman selaku Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Majlis dialunkan dengan bacaan zikir dan selawat ke atas nabi sementara menunggu waktu berbuka puasa.
|