Pada 22 Januari 2020 (Rabu), Penjara Bentong, Pahang dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Bentong telah mengadakan Program Derma Darah bagi kakitangan dan warga Penjara Bentong untuk menampung keperluan pembekalan darah untuk kegunaan pesakit bagi kes-kes yang memerlukan pemindahan darah. Program bermula pada pukul 10.00 pagi bertempat di Kantin Luar Penjara Bentong. Kehadiran kakitangan uniform dan awam Penjara Bentong amat menggalakkan.