Pada 16 Mei 2019 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1440H bertempat di Dataran Insaf telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama Penghuni Penjara Seremban. Seramai 100 orang penghuni terlibat di dalam program tersebut dengan dihadiri oleh PKK Rahmat Bin Abdul Rani, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Majlis juga dihadiri oleh wakil TNB Cawangan Seremban Encik Kamarulzaman Bin Kamarudin bersama 2 orang pegawai. Aturcara dimulai dengan penyampaian tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Nor Bin Amran, Unit Agama Penjara Seremban. Seterusnya Majlis Berbuka Puasa, solat fardhu Maghrib, solat fardhu Isyak dan solat Terawih berjemaah bersama penghuni di Surau Al Ikhlas.
|