| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan 1440H Centrepoint Seremban Bersama Penghuni Penjara Seremban

Pada 17 Mei 2019 (Jumaat) bersamaan 12 Ramadhan 1440H telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan bersama Centrepoint Seremban yang dihadiri PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban dan Pengurus Centrepoint, Puan Mandy Toh bersama kakitangan Centrepoint Seremban. Majlis turut disertai oleh Pegawai Kanan dan kakitangan Penjara Seremban bersama 100 orang penghuni yang telah diadakan di Dataran Insaf, Penjara Seremban. Aturcara majlis dimulai dengan persembahan nasyid oleh penghuni penjara dengan disusuli sesi tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Nor Bin Amran, Unit Agama Penjara Seremban. Seterusnya majlis diteruskan dengan iftar dan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama penghuni di Surau Al-Ikhlas.