Program ini telah diadakan pada 17 Mei 2019 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah di adakan di Bilik Latihan, Penjara Kajang yang melibatkan tujuh belas (17) orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan unit di Penjara Kajang antaranya Pegawai Khidmat Pelanggan (Pegawai barisan hadapan), Pegawai Unit Kewangan serta Unit Aset. Aktiviti ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Latihan, Penjara Kajang dengan Unit Pengurusan Psikologi Penjara Kajang. Objektif program ini adalah memberi pendedahan mengenai teknik, pengendalian dan pengurusan stres serta motivasi diri kepada warga Penjara Kajang serta meningkatkan kualiti kerja anggota dan pegawai barisan hadapan Penjara Kajang. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Hj. Muhammad Izuddin dan Puan Shamshinar. Program ini turut diadakan bersekali ujian psikologi seperti Ujian Pengurusan Stres dan Ujian Personaliti PLUS. Peserta memberi kerjasama yang baik dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
|