Pada 03hb Jun 2019 (Isnin) bersamaan 29 Ramadan 1440H, bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan program pembayaran zakat fitrah peringkat penghuni. Seramai 296 penghuni membayar zakat termasuk bagi diri sendiri dan tanggungannya. Sebanyak RM1,813.00 wang zakat telah dikeluarkan untuk penghuni pada tahun ini melalui potongan pendapatan gaji penghuni yang bekerja di Fasa Kemahiran bengkel-bengkel penjara. Pembayaran zakat ini disempurnakan oleh Amil Zakat yang dilantik iaitu IP Arbah Bin Kaster. Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri Sabah pada tahun ini adalah sebanyak RM 7.00. Kesedaran penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu berhubung tanggungjawab membayar zakat fitrah sangat menggalakkan kerana hanya melalui pendidikan agama mampu mengubah dan mendisiplinkan mereka untuk menjadi insan yang lebih baik seterusnya kembali ke pangkal jalan.
|