| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kajang Pada 14 Jun 2019

Penjara Wanita Kajang telah meraikan seramai 12 banduanita termasuk 4 banduan akhir dalam Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberi peluang kepada banduan terpilih bertemu secara bersemuka dengan keluarga masing-masing di Penjara.

Program ini diadakan pada 14 Jun 2019 yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan (Unit Pemulihan & Pendidikan) Ibu Pejabat Penjara Malaysia, TKP Kausalya Devi A/P Sathoo dan Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, TKP Anathurai A/L Kalimuthu serta beberapa pertubuhan NGO yang terlibat dalam memberi ceramah keagamaan kepada banduan di Institusi ini.

Program ini memberi peluang kepada banduan mengeratkan silaturahim antara keluarga yang lama terpisah oleh tembok batu serta membina kembali keyakinan diri banduan dimana kebanyakan banduanita yang terpilih mempunyai baki hukuman maksimum 3 tahun sebelum dibebaskan.