Pada 08 Julai 2019, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Pusat Miri bagi bulan Julai tahun 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri yang telah disertai oleh seramai (80) orang pegawai dan kakitangan. Perhimpunan bermula pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Selain menyampaiakan ucapan, beliau turut menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan dan Pemakaian Pangkat Inspektor Penjara, Sarjan dan Koperal TBBK.
|