| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Muhibbah Oleh Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Politeknik Nilai ke Penjara Pusat Miri

Pada 04 Julai 2019, institusi ini telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi oleh rombongan ahli PUSPANITA Politeknik Nilai. Lawatan telah diketuai oleh Puan Yusmina binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA Politeknik Nilai dan telah disambut oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Pusat Miri, Puan Wan Shahrina binti Siroon serta ahli PERSIAP Penjara Pusat Miri. Dalam lawatan tersebut telah diadakan jamuan makan tengahari, ceramah “Pengkisahan Tirai Besi”. Lawatan diakhiri dengan lawatan ke Galeri Produk Penjara Pusat Miri.