| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

“Mufti Jenguk Penghuni Penjara Marang, Terengganu”

Pada 16 Julai 2019 (Selasa) telah berlangsung program “Mufti Jenguk Penghuni”  Penjara Marang, Terengganu yang diadakan di Surau Al-Falah Penjara Marang. Program ini disempurnakan oleh YBrs. Sahibul Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifli bin Haji Muda (Mufti Negeri Terengganu). Program ini turut dihadiri oleh TKP Ahmad Saidi bin Hamzah (Pengarah Penjara Negeri Terengganu), PKK Wan Sani bin Ab. Latiff (Pengarah Penjara Marang) dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Penjara Marang.

Seramai 250 penghuni Penjara Marang terlibat dengan program ini. Selain itu, program ini juga bertujuan supaya penghuni dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan lagi kefahaman melalui sesi soal jawab. Solat Zohor berjemaah bersama penghuni juga diadakan di Surau Al-Falah dan program tersebut berlangsung selama lebih kurang 3 jam dan berakhir pada jam 2.30 petang.