Pada 05 Ogos 2019 (Isnin) jam 10.00 pagi pihak institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan lawatan muhibah program semarak kasih Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang, seramai (21) orang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan. Rombongan lawatan telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai Penjara Seberang Perai dan telah disampaikan oleh TPP Mahalim bin Mat Nor, turut serta PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan PP Mohamad Jusoh bin Ismail. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Bengkel Pastri oleh PPP Che Jamilah binti Razak dan IP Imran bin Ahmad. Lawatan diakhiri dengan makan tengahari dan lawatan ke Bahagian Vokasional dan Industri. Pihak rombongan lawatan menyifatkan kunjungan ini sebagai penuh bermakna dan berharap dapat berkerjasama dengan lebih akrab dimasa akan datang.
|