| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri

Pada 13 September 2019 (Jumaat), Penjara Puncak Borneo menerima Lawatan Kerja daripada Y.Bhg Dato’ Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri bersama Y.Bhg Dato’ Alzafry Mohamed Alnasif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional). Lawatan tersebut turut dihadiri oleh TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan beberapa pegawai kanan dari Pejabat Pengarah Negeri Sarawak dan Penjara Puncak Borneo. Tujuan lawatan kerja adalah untuk melawat tapak Blok 33 dan Blok 34 Penjara Puncak Borneo yang terbengkalai dan dicadangkan untuk dibina Bengkel Tenunan Songket Sarawak.