Pada 13 hingga 15 Sepetember 2019, Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019 telah diadakan di Negeri Sabah DiBawah Bayu, bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Perasmian Penutupan Kejohanan tersebut disempurnakan oleh En.Henry Shim Chee On, Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia & Sukan Negeri Sabah, turut hadir dalam majlis tersebut; TKP Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, Setiausaha Majlis Sukan Penjara Malaysia serta Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Sebanyak 13 buah Negeri menyertai kejohanan tersebut dan tuan rumah kejohanan adalah Negeri Sabah DiBawah Bayu. Enam kategori dipertandingkan dalam kejohanan tersebut, antaranya adalah berpasukan, perseorangan lelaki/wanita terbuka, bergu lelaki/wanita terbuka, bergu veteran lelaki/wanita terbuka dan bergu VIP terbuka. Johan keseluruhan Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 2019, adalah Negeri Selangor A, Naib Johan adalah Negeri Sabah, manakala tempat ketiga dikongsi bersama dengan Negeri Sarawak dan Negeri Perak.
|