| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Tatacara Penggunaan Alat Komunikasi Girn Dan Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan ( PPT 184 ) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

03 Oktober  2019 (Khamis), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Tatacara Penggunaan Alat Komunikasi GIRN Dan Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan ( PPT 184 ) yang dikendalikan oleh TPP Mahadi bin Mustafa dan Inspektor Mohd Rizuan Bin Osman, di mana seramai (30) peserta terdiri daripada (17) Pegawai kanan dan (13) anggota lain-lain pangkat terlibat di dalam kursus tersebut. Antara objektif  kursus adalah :

1) Memberi pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam berhubung tatacara penggunaan alat komunikasi GIRN kepada pegawai dan anggota semasa menjalankan tugas.
2) Mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan, keperluan bukti dan tatacara siasatan yang berkesan.

Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan Pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan ‘multipurpose’ akan dapat direalisasikan.