Pada tarikh 23 sehingga 29 September 2019, Penjara Seberang Perai telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Infokraf Zon Utara bagi tahun 2019 bertempat di MYDIN Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis perasmian telah diadakan pada 25 September 2019 yang disempurnakan oleh YDH TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Majlis ini turut dihadiri Pengarah Penjara Seberang Perai, Pengarah Penjara Taiping dan Pengarah Penjara Sungai Petani dan barisan-barisan Timbalan Penguasa Penjara, Ketua-ketua Seksyen dan unit serta wakil dari kakitangan dan anggota. Pelbagai hasil kraftangan, barang-barang hiasan serta produk makanan dan minuman dipamerkan dan dijual kepada orang awam. Sambutan infokraf mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam yang dating mengunjungi tapak jualan dan pameran yang berlangsung. Di Samping itu juga, pihak penjara menjalankan program pameran berkaitan dengan Jabatan Penjara Malaysia, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan gubahan tuala dan pertandingan bintang kecil yang berlangsung di ruang legar pentas utama MYDIN Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
|