08 Oktober 2019 (Selasa), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Bantuan Kecemasan Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan II Encik Mohamad Tarmizi Bin Abdul Karim bersama (4) anggota dari Bahagian Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, di mana seramai (50) peserta terdiri daripada (17) Pegawai Kanan, (25) anggota lain-lain pangkat dan (8) anggota awam terlibat di dalam kursus tersebut. Kursus ini juga melibatkan (302) ODS/Banduan. Antara objektif kursus adalah memberi pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta tentang aspek keselamatan kebakaran di dalam bangunan terutama di tempat kerja, selain meningkatkan kemahiran dalam penggunaan alat pemadam kebakaran dikalangan peserta.
Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan multipurpose akan dapat direalisasikan. |