Pada 07 November 2019 ( Khamis ), YH. Dato Indera Dr. Shaari bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah melakukan kunjungan hormat kepada YH. Penolong Kanan Komisioner Dato Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Kuantan. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Penjara Penor, Kuantan, Pahang tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, pakar- pakar perubatan dan pegawai - pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serta pegawai- pegawai dari Penjara Penor. Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Penjara Penor menyatakan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang kerana banyak membantu dalam urusan rawatan penghuni sama ada rawatan di klinik atau di hospital. Dalam pertemuan berkenaan juga, pihak Penjara Penor dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang banyak bertukar pendapat bagi memartabat dan meningkatkan tahap kesihatan penghuni di Penjara Negeri Pahang khususnya.
|