| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengiringan Dan Jagaan Banduan Di Rumah Sakit / Hospital

Pada 10 Oktober 2019 bertempat di Dewan Budiman, Penjara Tapah. Telah berlangsung Kursus Pengiringan Dan Jagaan Banduan Di Rumah Sakit/ Hospital dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang melibatkan seramai 34 peserta pelbagai pangkat. Kursus ini juga bertujuan mendedahkan tatacara penggunaan gari yang baru untuk dipraktikkan di institusi berdasarkan PTKJP E302 yang terbaru.

Kursus yang telah dijalankan adalah satu bentuk latihan yang dirancang bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan anggota dalam kawalan banduan di luar Penjara yang boleh memberi implikasi perundangan terhadap Jabatan. Penyelaras Kursus adalah PKP Kamarulzaman bin Ismail dan dibantu IP Zulfa Asrin bin Jasni sebagai Pegawai Latihan di Penjara Tapah. Tenaga Pengajar terdiri daripada PPP Syed Jamalluddin bin Syed Ahmad daripada Bahagian Keselamatan dan Intellegent Ibu Pejabat Penjara Malaysia.