Pada 4 November 2019 (Isnin) Penjara Puncak Borneo Kuching Bahagian Pemulihan telah mengadakan Program Kursus Pemantapan Akidah Bersama Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak bertempat di dewan serbaguna Penjara Puncak Borneo. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Wan Jaapar Bin Wan Ahmad Mantan Pengarah JAKIM Sarawak. Objektif program ialah memupuk dan membudayakan semangat cintakan ilmu sekaligus membentuk kesempurnaan peribadi sebagai seorang muslim serta melahirkan Saudara Muslim yang mantap dari segi kefahaman dan kukuh aqidahnya. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Penguasa Penjara Shahrudin bin Salim, Penolong Penguasa Penjara Sahrbudin bin Joll dari Bahagian Pemulihan Penjara Puncak Borneo, institusi serta kakitangan Penjara Puncak Borneo.
|