Pada 04 November 2019 yang lepas Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Majlis Serah Tugas Pengarah Institusi Penjara Pusat Sri Aman. Penyerahan Tugas tersebut adalah diantara PKK Teyun Thian Eim kepada PKP Anbalagan A/L Subramniam dan disaksikan oleh TKP Hj Ajidin Bin Hj Salleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tuan Teyun Thian Eim telah dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Komisioner (PKK) dan dipindahkan ke Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah serta Tuan Anbalagan A/L Subramniam telah dinaikkan pangkat ke Penolong Komisioner Penjara dan dipindahkan dari Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi dilengkapkan lagi dengan Upacara Membawa Dokumen Serah Tugas dan Tongkat Kuasa dan diteruskan dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa. Majlis juga telah dihadiri oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Azhar bin Ahmad, Pengarah Penjara Pusat Sibu serta Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman.
|