20 November 2019 (Rabu) Penjara Bentong telah menerima Lawatan oleh YH Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang serta pegawai pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Ketibaan rombongan lawatan disambut oleh YH KP Dato Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang dan PKK Mohamad Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Sempena lawatan ini telah diadakan sesi taklimat dan perbicangan mengenai pengurusan Klinik dan pesakit di Penjara Bentong. Rombongan lawatan juga dibawa melawat ke Klinik lelaki dan Klinik Wanita Penjara Bentong.
|