Pada 2 Disember 2019 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat Peringkat Institusi Penjara Tapah, Perak bertempat di Dataran Kawad Penjara Tapah. Tujuan perhimpunan bulanan diadakan adalah untuk menyampaikan informasi terkini jabatan dan institusi kepada kakitangan. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta pemeriksaan perbarisan oleh TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Tapah. Majlis diserikan lagi dengan aturcara pemakaian pangkat Sarjan Mejar (TBBK) kepada (19) penerima dan (3) penerima Sarjan Penjara (TBBK).
|