Pada 3 Disember 2019 (Selasa), Penjara Tapah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah peringkat institusi yang diadakan di Surau Diri Jumaat (SDJ) Al-Islahiah Penjara Tapah. Kursus ini terbuka kepada semua kakitangan serta penduduk sekitar. Seramai 60 kakitangan termasuk penduduk sekitar yang terlibat dalam menyertai kursus yang dianjurkan. Kursus disampaikan oleh Ustaz Muhamad Ali bin Mohamad Noh, Imam Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Negeri Perak. Hadir sama menjayakan kursus ini ialah Pengarah Penjara Tapah, TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat.
|