| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berkhatan Anak-Anak Kakitangan Penjara Seberang Perai

Majlis Berkhatan Anak-Anak Kakitangan Penjara Seberang Perai telah diadakan pada 5 Disember 2019, bertempat di Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Bermula pada malam 4 Disember 2019, majlis bacaan yassin diadakan bagi memberkati majlis. Majlis bermula dengan sarapan pagi di Surau As-Sakinah seterusnya anak-anak dibawa mengelilingi sekitar kawasan perumahan dengan menaiki kenderaan Bomba dan diteruskan dengan perasmian oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai. Seramai 18 orang anak-anak kakitangan yang terlibat dalam majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah bersama isteri, PP Muhamad Jusoh bin Ismail serta kakitangan dan ahli keluarga. Seterusnya Pengarah bersama isteri memberikan hadiah serta goodies kepada anak-anak berkhatan. Semua peserta berkhatan dan ibu bapa bermalam di Bilik Kuliah, Surau As-Sakinah untuk melengkapkan program tersebut. Pada 6 Disember 2019, 8.30 pagi semua anak-anak dibenarkan pulang ke rumah selepas sarapan dan pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan, Penjara Seberang Perai. Penghargaan terima kasih buat Balai Bomba Dan Penyelamat, Nibong Tebal, Pegawai perubatan dari Hospital Kepala Batas dan semua Jawatankuasa yang terlibat.