31hb. Januari 2018 (Rabu) - Unit Psikologi & Kaunseling Penjara Marang telah mengadakan Program Kaunseling Keluarga (Nafkah dan Tanggungjawab) bertempat di Surau Al-Falah Penjara Marang, Terengganu. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membantu penghuni-penghuni Penjara Marang yang menghadapi masalah dalam rumah tangga berkaitan dengan tanggungjawab dan hukum hakam dalam perkahwinan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Othman, Pegawai dari Pejabat Agama Majlis Daerah Marang yang disertai seramai 150 orang banduan.
|