| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perkhidmatan Kaunseling Dan Program Art Therapy Dalam Mengurus Emosi Bersama Orang Diselia Di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota Kluang, Johor (PPP)

Pada 22 Februari 2018 (Khamis), PPP Kem Mahkota telah mengadakan Perkhidmatan Kaunseling dan Program Art Therapy dalam Mengurus Emosi Bersama Orang Diselia (ODS) di Dewan 1Malaysia PPP Kem Mahkota, Kluang, Johor anjuran bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN).

Program ini adalah satu terapi seni kreatif dalam memberi ruang unutk meluahkan aspek dalam diri ODS melalui imaginasi semulajadi, spontan yang membawa kepada pencapaian personal. Program ini dikendalikan oleh  Pn. Siti Hasmah bt. Marikom, bersama 5 kakitangan LPPKN Negeri Johor dan disertai oleh 33 ODS dan 5 anggota penjara.