Pada 21 Februari 2018 ( Rabu ) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat kakitangan Penjara Simpang Renggam Johor . Majlis bermula dari jam 07.00 petang dengan perarakan pelajar pelajar Sekolah Agama Penjara seterusnya solat maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Abd Hamid Alhaj . Selesai ceramah kakitangan solat Isyak berjemaah seterusnya jamuan makan. Turut hadir dalam majlis ini TKP Ramli Bin Osman , Pengarah Penjara Simpang Renggam , PKP Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah dan wakil wakil ketua institusi Penjara Negeri Johor. Majlis berakhir jam 11.00 malam.
|