| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Turun Padang YBhg Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim KSU Bersama Warga Jabatan, Agensi Dan Bahagian Kementerian Dalam Negeri Di Kota Kinabalu Sabah

20hb April 2018 - Program Turun Padang YBhg Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim KSU bersama warga Jabatan, Agensi dan Bahagian Kementerian Dalam Negeri di Kota Kinabalu Sabah. Program yang dihadiri seramai 400 orang warga Kementerian Dalam Negeri Sabah ini diadakan di Dewan Grand Ballroom Wisma Wanita Kota Kinabalu.  Program Turun Padang KSU kali ini menggunakan konsep TN50 sama seperti yang digunakan di program seumpama ini di negeri lain sebelum ini. Puan Rafidah binti Datu Derin, Setiausaha Bahagian Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Kementerian Dalam Negeri telah dipilih sebagai moderator untuk program kali ini.  YBhg. Dato' Seri KSU telah menyentuh beberapa aspek dalam program ini antaranya ialah pencapaian KDN sepanjang 2017, perancangan strategik Kementerian Dalam Negeri 2018 dan Bajet 2018. Beliau turut mengingatkan semua  warga Kementerian Dalam Negeri agar sentiasa dinamik dalam penambahbaikan proses kerja, berinovasi dan mempergiatkan libat urus dengan masyarakat umum.Disamping itu juga, beliau turut mahu warga Kementerian Dalam Negeri mengoptimumkan pengunaan media sosial dalam menguar-uarkan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan supaya maklumat yang tepat dan terkini dapat disampaikan secara terus kepada semua lapisan masyarakat. Program ini dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia serta Pengarah-pengarah Negeri semua agensi di bawah kementerian Dalam Negeri.