Pada 08 Ogos 2018 (Rabu), aktiviti gotong-royong bagi Pusat Koreksional Dungun Terengganu Sempena Program GotongRoyong Mega 1.0 Perangi Aedes 2018 telah diadakan bermula jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang. Program ini melibatkan seramai 40 orang anggota dan kakitangan Pusat Koreksional Dungun Terengganu telah dirasmikan oleh PKP Abd Jalil Bin Abd Majid, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Aktiviti gotong-royong ini telah dilaksanakan di sekitar perkarangan pejabat, kuarters kakitangan serta surau.
|