28 November 2018 - Kempen Menanam Sejuta Pokok Buah-buahan di seluruh Institusi penjara bagi Pusat Koreksional Dungun Terengganu telah diadakan bermula jam 4.20 petang hingga jam 5.00 petang melibatkan seramai 37 orang anggota dan kakitangan Pusat Koreksional Dungun, Terengganu. Kempen ini telah dirasmikan oleh PKP Abd Jalil bin Abd Majid, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Antara tanaman yang telah ditanam ialah pokok limau, ciku, longan seta mempelam.
|