28 November 2018 Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes 2018 telah diadakan bermula jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang. Aktiviti ini melibatkan seramai 42 orang anggota dan kakitangan Pusat Koreksional Dungun, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Abd Jalil bin Abd Majid, Pengarah Pusat Koreksional Dungun, Terengganu. Aktiviti Gotong- royong ini telah dilaksanakan di sekitar perkarangan pejabat dan kediaman kakitangan. Sasaran utama aktiviti adalah tempat saluran air serta longkang.
|