Program bersama ODP telah diadakan di Masjid Al Alami MITC Ayer Keroh Melaka, dengan kerjasama AJK Masjid serta komuniti setempat pada 20 Disember 2018. Seramai 40 orang Pegawai, kakitangan, ODP, PKW dan juga AJK masjid turut menyertai gotong royong ini. Aktiviti gotong royong dimulakan pada jam 9.00 pagi di dalam kawasan Masjid dan diikuti kawasan sekitar Masjid.
Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Haji Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka , bersama Pengaragh Penjara Negeri Melaka Y.Bhg KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari. |