| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tautan Harapan Kasih Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam, Johor

Pada 30 Disember 2018 (Ahad), bertempat dihadapan Pejabat Rekod Tahanan Penjara Simpang Renggam telah mengadakan Program Tautan Harapan Kasih 2018. Program ini disertai seramai 28 penghuni terdiri daripada 5 orang banduan akhir, 5 orang banduan, 8 orang tahanan LLPK, 2 orang tahanan POTA dan 8 orang tahanan POCA. Program ini bermula pada 09.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Turut hadir pada program tersebut adalah KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam, wakil KDN dan juga beberapa NGO. Majlis diteruskan dengan penyerahan tahanan  dan banduan kepada  keluarga. Para tetamu turut disajikan dengan persembahan daripada tahanan dan banduan.

Program Tautan Kasih bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara penghuni dengan keluarga keluarga tahanan dan banduan terus memberi sokongan dalam memastikan penghuni tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang lalu.