29 Disember 2018 (Sabtu) - Bertempat di Padang Bola Sepak Penjara Marang, Terengganu telah berlangsung Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kakitangan Penjara Marang yang dirasmikan oleh PKK Wan Sani Bin Ab. Latiff, Pengarah Penjara Marang, Terengganu dan isteri. Sambutan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PP Mohd Irwan bin Awang Timbalan, Pengarah Penjara Marang dan keluarga, TPP Mohd Nazri bin Mohammad, TPP Norimi bin Ibrahim@ Mat Nor dan keluarga, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan dan keluarga turut serta dalam sambutan kali ini.
Program bermula seawal jam 0730 pagi dan berakhir jam 1430 petang. Lebih kurang 700 kakitangan dan ahli keluarga hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan aktiviti sukan yang dijalankan antaranya senamrobik, pertandingan karaoke, pemainan padang seperti tiup belon, pancing botol, belon beracun, makan tembikai dan lain-lain lagi. Objektif program adalah bertujuan untuk menanam semangat kesukanan disamping menitik berat penjagaan kesihatan tubuh badan serta menjalin hubungan yang erat antara semua anggota dan kakitangan. Sambutan tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah. |