Pada 27 Disember 2018 Bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Siantan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Mesyuarat Cadangan Perlaksanaan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Kesalahan Merokok Di Tempat Awam yang telah di pengerusikan oleh YB Low Chee Leong, Exco Kesihatan Dan Antidadah Melaka. Turut hadir dalam mesyuarat ini YBhg KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Pengarah Pengarah Negeri Melaka dan Pengarah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Melaka. Sebelum itu Ahli Mesyuarat telah diberikan taklimat tentang sistem pemulihan juvana yang di jalankan di institusi ini oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan membuat lawatan sekitar penempatan penghuni dan bengkel-bengkel kemahiran.
|