Pada 26 Disember 2018 (Rabu) 2.00 petang, Seramai 4 orang pegawai dari kedutaan Besar Thailand telah membuat lawatan rasmi ke Penjara Taiping yang telah diketuai oleh Jeneral Konsul Mr Raschada Jiwalai. Lawatan ini merupakan program yang telah diatur oleh Kedutaan Thailand dengan Jabatan Penjara. Delegasi ini telah disambut oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping, dan pegawai Kanan Penjara Taiping.Para peserta rombongan telah diberi taklimat ringkas dan penerangan yang berkaitan tujuan lawatan oleh PKK Charin Promwichit .Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi kegiatan ramah mesra dengan 24 orang banduan warga Thailand yang sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping.Selain itu, lawatan ini juga telah memberi input kepada perbincangan dua hala serta berkongsi pandangan dengan memperkasakan program pemulihan ke atas penghuni di Penjara. Pogram tersebut berakhir pada jam lebih kurang 4.00 petang.
|