Pada 18 Januari 2017 telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul tahun 2017 di Dewan 1 Malaysia PPP Kem Mahkota Kluang, Johor. Ceramah telah disampaikan oleh As-Sheikh Tn. Hj. Mohd Taufik bin Dato Kiyai Samsuddin Kadi Daerah Kluang, Johor dengan tajuk Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah PP Abd Jalil bin Abd Majid Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Pejabat Penjara Negeri Johor dan Lt. Kol. Bambang Sukacho b. Saejalmo Kem Komandan Markas 7 Briged.
Sambutan dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh anggota penjara, Pembantu Wadar dan Orang Diselia (ODS). Antara aturcara yang dijalankan adalah marhaban, bacaan doa, bacaan Al-Quran dan persembahan nasyid oleh ODS. Majlis diakhiri dengan penyampain hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, azan, spanduk, perarakan Maulidur Rasul, nasyid dan penyampaian cenderhati kepada penceramah yang telah disampaikan oleh PP Abd Jalil bin Abd Majid. |