Pada 20 Januari 2017 (Jumaat) bertempat di Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Melaka Tengah telah berlangsung taklimat program parol .
Seramai 30 peserta termasuk pemimpin masyarakat seperti, Pengerusi Taman Perumahan dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Daerah Melaka Tengah telah menjayakan program tersebut. Program ini turut di serikan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka yang telah menyampaikan taklimat program parol dan serba sedikit maklumat kepenjaraan. Antara pengisian yang telah di atur sepanjang program ini adalah informasi berkaitan program Parol dan Perkhidmatan Komuniti serta peranan dan tangunjawab Pengerusi dan ahli jawatankuasa penduduk dan sesi soal jawab bersama Orang di Parol (ODP). Program ini juga dapat memberi penerangan serba sedikit tentang perlaksanaan parol. Program berakhir jam 12.00 tengahari. |