Pada 05 Februari 2017 (Ahad), Unit Pemulihan Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina. Program ini disertai seramai 10 penghuni terdiri daripada 1 orang banduan akhir 4 orang banduan, 4 orang tahanan LLPK dan 1 orang tahanan POCA. Turut hadir pada program tersebut adalah KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam dan juga daripada NGO iaitu Lions Club dan Tzu Chi.
Penguasa Penjara Simpang Renggam PP Norulekhsan Bin Abdul Rahim dalam ucapannya memaklumkan Program Jalinan Kasih bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara penghuni dengan keluarga. Beliau juga berharap keluarga tahanan dan banduan terus memberi sokongan dalam memastikan penghuni tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang lalu. |