Pada 15 & 16 Februari 2017 (Rabu & Khamis) Kursus Pemantapan & Pengukuhan Kumpulan Siri 1/2017 yang dianjurkan oleh Unit Latihan Institusi Pusat Koreksional Kamunting yang melibatkan seramai 25 peserta kursus berjalan dengan jayanya. Sasaran kursus adalah untuk kerja-kerja gotong-royong bagi membersihkan kawasan pagar sempadan dimana sebelum ini terdapat pokok-pokok yang tinggi dan rimbun menghalang penglihatan menara luar dan juga pengawasan daripada CCTV. Gotong-royong ini juga melibatkan tenaga baduan kerja luar seramai 14 orang. Tuan Pengarah PKP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh dan juga Timbalan Pengarah PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin sempat meluangkan masa ke lokasi gotong-royong dan meninjau kerja-kerja penebangan pokok.
|